ms.wikipedia.org

Affendey Zainon - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

  • ️Mon Jan 06 1969

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Fendi A to Z

Kelahiran

Effendey Bin Zainon


6 Januari 1969
Meninggal dunia23 April 2008 (umur 39)
PekerjaanPenyanyi

Effendey Zainon atau lebih dikenali sebagai Fendi (6 Januari 1969 – 25 April 2008) merupakan salah seorang anggota kumpulan A To Z. Fendi bersama dua lagi anggota kumpulan A To Z popular pada pertengahan 90-an menerusi lagu-lagu daerah seperti lagu Berdendang, Comel dan Iyo Ko.

Bagaimanapun, Fendi kemudiannya mengundurkan diri daripada persada seni tanah air selepas bersama kumpulan A To Z selama kira-kira tiga tahun.

Selepas meninggalkan kumpulan A To Z, Effendy aktif sebagai pendakwah dan sering keluar ke merata tempat bagi menjalankan kegiatan dakwah.

Allahyarham Effendey Zainon merupakan anak sulung daripada empat beradik. Beliau sebelum ini pernah diserang strok tetapi kembali sembuh. Allahyarham Effendey Zainon telah meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), kira-kira pukul 9.30 pagi 23 April 2008.[1]