ms.wikipedia.org

Anugerah Era 2005 - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

  • ️Thu Apr 02 2015

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Anugerah Era 2005 (AE2005) adalah majlis penganugerahan tahunan yang dianjurkan oleh Astro menerusi Era FM pada 17 September 2005. Ia mengiktiraf karyawan seni muzik Malaysia dan negara tetangga. Pemenang dipilih melalui borang undian sah, laman web dan sistem pesanan ringkas.

AE2005 yang telah masuk tahun kelima penganjurannya diadakan di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Pengundian peringkat pertama berlangsung mulai 13 Jun hingga 10 Julai 2005 dengan mengisi borang yang diedarkan oleh Skuad Era dan pengunjung laman web Era. Menurut Pengurus Rangkaian Era FM, Azrullah Mohd. Nor, AE2005 kali ini akan menampilkan konsep "Fun & Funky", sesuai dengan medium itu sendiri. Beliau berkata, radio bukan sekadar medium yang memberikan informasi tetapi juga jiwa kepada pendengarnya. Justeru, radio itu sendiri "funky" dalam dunianya.

Astro Ria merupakan penyiar rasmi AE2005 manakala DiGi adalah penaja utama majlis penganugerahan itu.[1]

[2]

  • Awal Ashaari
  • Ezlynn
  • Sharifah Amani
  • Zainal Alam Kadir
  • Farah
  • Serina Redzuawan
  • Adlin Aman Ramlie
  • Marsha Milan
  • Cat Ruffedge
  • Saidatul Erma
  • Fahrin Ahmad
  • Nora Danish
  • Umie Aida
  • Amylea AF3
  • Felix AF3
  • Yazer AF3
  • Zahid
  • Diana Rafar
  • Linda Rafar
  • Sham Kamikaze

Nama-nama pemenang terletak di atas setiap senarai dan berhuruf tebal. «»

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-02. Dicapai pada 2015-03-15.
  2. ^ https://www.youtube.com/watch?v=yqtUZ-KF3nI