Batu kecubung - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas
- ️Sat Jan 16 2021
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Batu kecubung Ametis |
|
---|---|
![]() Gugusan batu kecubung dari Magaliesburg, Afrika Selatan. |
|
Maklumat am | |
Kategori | mineral oksida |
Formula kimia | Silika (silikon dioksida, SiO2) |
Pengecaman | |
Warna | Ungu, lembayung |
Tabii hablur | Prisma bersisi 6 berakhir dalam piramid bersisi 6 (biasa) |
Sistem hablur | Trigon |
Pengembaran | Hukum Dauphine, hukum Brazil, dan hukum Jepun |
Pembelahan | Tiada |
Fraktur | Konkoidal |
Kekerasan skala Mohs | 7–bawah dalam jenis tidak tulen |
Kilau | Kekaca/berkaca |
Indeks biasan | nω = 1.543–1.553 nε = 1.552–1.554 |
Sifat-sifat optik | Ekapaksi (+) |
Dwibiasan | +0.009 (selang B-G) |
Pleokroisme | Tiada |
Guris | Putih |
Graviti tentu | 2.65 malar; berubah dalam jenis tidak tulen |
Takat lebur | 1650±75 °C |
Keterlarutan | tidak larut dalam pelarut biasa |
Diafaneiti | Lut sinar ke lut cahaya |
Ciri-ciri lain | Piezoelektrik |
Batu kecubung atau ametis ialah sebuah varieti kuarza berwarna lembayung seakan warna bunga kecubung yang memberi nama kepadanya; ia kerap digunakan sebagai perhiasan.
Batu permata ini pernah dianggap sama nilai tingginya dengan seberapa galian lain seperti berlian, nilam, rubi dan zamrud namun merosot dengan penemuan baru sumber batu yang agak banyak di lokasi-lokasi baharu seperti Brazil pada abad ke-18.[1]
Kuarza (SiO2) ini memunculkan warna ungunya hasil penyinaran serta kehadiran surihan besi dan logam atau unsur lain mewujudkan binaan yang berkisi-kisi dalam hablur asas.[2][3][4] Batu ini adakala akan menampakkan satu atau dua rona sekunder seperti warna biru dan merah.[5]
Tahap keras batu ini sama dengan jenis-jenis kuarza umum yang lain.
Masyarakat Yunani Purba percaya bahawa batu ini mampu menghalang kemabukan[6][7] sehinggakan bekas minuman sering diukir daripada ketulan-ketulan batu ini. Hal ini turut tercermin pada nama lain batu ini, "ametis" yang datang daripada bahasa Yunani Koine ἀμέθυστος amethystos menggabungkan ἀ- a-, "tidak" dan μεθύσκω methysko atau μεθύω methyo, "memabukkan".
Batu ini dikaitkan dengan Februari dalam adat dunia Barat.
- ^ Geary, T.F.; Whalen, D. (2008). The Illustrated Bead Bible: Terms, Tips & Techniques. Sterling Pub. m/s. 69. ISBN 9781402723537. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-16. Dicapai pada 2015-07-19.
- ^ Greenwood, Norman N.; Earnshaw, Alan (1997). Chemistry of the Elements (ed. ke-2). Butterworth–Heinemann. ISBN 0080379419..
- ^ Fernando S. Lameiras; Eduardo H. M. Nunes; Wander L. Vasconcelos (2009). "Infrared and Chemical Characterization of Natural Amethysts and Prasiolites Colored by Irradiation". Materials Research. 12 (3): 315–320. doi:10.1590/S1516-14392009000300011.
- ^ O'Donoghue, Michael (2006). Gems (ed. ke-6). Butterworth-Heinemann. ISBN 978-0-7506-5856-0.
- ^ "Amethyst: The world's most popular purple gemstone". geology.com. Dicapai pada 2017-08-29.
- ^ Marcell N. Smith (1913), Diamonds, Pearls and Precious Stones Griffith Stillings Press, Boston, Mass., p. 74
- ^
Satu atau lebih ayat sebelumnya menggabungkan dan menterjemah teks dari penerbitan sekarang di domain awam: Rudler, Frederick William (1911). "Amethyst". Dalam Chisholm, Hugh (penyunting). Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris). 1 (ed. ke-11). Cambridge University Press. m/s. 852.