ms.wikipedia.org

Hari Malaysia - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

  • ️Mon Sep 16 1963

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Hari Malaysia
هاري مليسيا
Nama rasmiHari Malaysia

Juga dikenali sebagai

Malaysia

Diraikan oleh/di

Rakyat Malaysia
Jeniskebangsaan
KepentinganTanda simbolik dan peringatan bagi penubuhan Persekutuan Malaysia
Tarikh16 September 1963

Berkaitan dengan

Hari Kebangsaan, Hari Sarawak & Hari Sabah.
Akta Malaysia 1963 (dokumen)
Perjanjian berkenaan dengan penubuhan perlembagaan Malaysia (dokumen)

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia dengan tarikh yang sama sejak tahun 1963. Ia menandakan penggabungan bersama tanah Melayu (Malaya), Sabah, Sarawak dan Singapura bagi membentuk sebuah persekutuan baharu yang di namakan Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 16 September 1963, Ini berikutan beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan malaysia, Yang telah menyebabkan pengisytiharan malaysia di tangguhkan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.[1]

Hari Malaysia merupakan cuti am Sarawak juga menjadi cuti am di Sabah sempena harI keputeraan yang di pertua Sabah, Walaupun pada awalnya Hari Malaysia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia,[2] namun mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di seluruh negeri di Malaysia.[3]

Malaysia Selamanya adalah lagu yang dikarang oleh Bobby Gimby untuk meraikan Pembentukan Malaysia pada 16 September 1963. Bobby Gimby menerima nama panggilan "The Pied Piper of Canada" selepas Perdana Menteri menamakan Gimby sebagai "Pied Piper dari Kanada". Lagu itu dirakamkan di Kuala Lumpur dan Singapura. Ia adalah lagu rakyat dengan panjang 2 minit dinyanyikan oleh Choir of Marymount Vocational School (Singapura). Pada hari-hari sebelum penggabungan itu, ia telah diajar kepada kanak-anak sekolah sebelum penggabungan dan menjadi lambakan segera apabila disiarkan melalui gelombang udara di seluruh bahagian Malaysia.

Berikut merupakan tuan rumah serta tema-tema Hari Malaysia dari tahun 2015 sehingga kini.

Tahun Tuan Rumah Sambutan Tema
2015 SabahSabah #sehatisejiwa
2016 SarawakSarawak
2017 Negaraku Sehati Sejiwa
2018 SabahSabah Sayangi Malaysiaku
2019 SarawakSarawak Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih
2020 Malaysia Prihatin
2021 SabahSabah
2022 MelakaMelaka Keluarga Malaysia Teguh Bersama
2023 SarawakSarawak Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan, Segulai Sejalai
2024 SabahSabah Malaysia Madani: Jiwa Merdeka[4]