ms.wikipedia.org

Jampi (lagu Hael Husaini) - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

  • ️Sat Aug 05 2017

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

"Jampi"
Single oleh Hael Husaini
Dilancarkan10 Februari 2017 (YouTube), 10 Mac 2017 (iTunes)
Dirakamkan2016
FormatMuat turun digital
GenrePop
Panjang3:37
SyarikatMeasat Broadcasting Network Systems Sdn Bhd
PenulisHael Husaini, Ezra Kong
Kronologi single Kronologi single Hael Husaini
"Jampi" ""Haram"
(2018)"
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

"Jampi" adalah single nyanyian Hael Husaini. Video lirik lagu ini dimuatnaik ke saluran Youtube Astro Gempak pada 10 Februari 2017 sebelum dilancarkan di iTunes pada 10 Mac 2017. Ditulis oleh Hael sendiri bersama Ezra Kong, lagu ini merupakan single solo pertama beliau selepas mengumumkan pengundurannya daripada kumpulan Azhael pada Februari 2017.[1].

"Jampi" memasuki Carta Domestik RIM di tempat ke-7 pada carta bertarikh 5 Mei 2017[2] dan muncul juara buat kali pertama pada carta bertarikh 29 Jun 2017[3]. "Jampi" bertahan sebagai juara carta selama 17 minggu berturut-turut sebelum digantikan oleh lagu "Luluh" oleh Khai Bahar pada carta bertarikh 2 November 2017.[4] Berikutan itu, "Jampi" merupakan lagu paling lama bertahan sebagai juara carta domestik sepanjang tahun 2017.

"Jampi" juga memasuki Carta Antarabangsa dan Domestik RIM dan berjaya menduduki tempat ke-16.[5] "Jampi" merupakan lagu tempatan kedua yang berjaya masuk dalam carta ini selepas Ismail Izzani dengan lagu "Sabar".

Pada 8 Januari 2018, RIM mengumumkan senarai lagu paling berjaya di Malaysia sepanjang tahun 2017. "Jampi" diiktiraf sebagai lagu tempatan paling banyak distrim dan lagu tempatan paling bernilai sepanjang tahun.[6]

  • "Jampi" – 3:37[7]
  1. ^ "Instagram Hael Husaini". 1 Februari 2017. Dicapai pada 17 Mac 2018.
  2. ^ ""Top 10 Most Streamed Domestic Singles In Malaysia - Week 18"" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Recording Industry Association of Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-08-05. Dicapai pada 17 Mac 2018.
  3. ^ ""Top 10 Most Streamed Domestic Singles In Malaysia - Week 27"" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Recording Industry Association of Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-08-08. Dicapai pada 17 Mac 2018.
  4. ^ ""Top 10 Most Streamed Domestic Singles In Malaysia - Week 44"" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Recording Industry Association of Malaysia. Dicapai pada 17 Mac 2018.
  5. ^ ""Top 10 Most Streamed Domestic Singles In Malaysia - Week 31"" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Recording Industry Association of Malaysia. Dicapai pada 17 Mac 2018.
  6. ^ ""RIM Digital Music Charts Mark its First Year"" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Recording Industry Association of Malaysia. Dicapai pada 17 Mac 2018.
  7. ^ "Jampi". iTunes Malaysia. Dicapai pada 17 Mac 2018.