ms.wikipedia.org

Jata negara Mesir - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Jata negara Mesir dipakai sejak 1980-an

Jata negara Mesir terdiri daripada suatu bentuk helang; ia diperkenalkan semasa Revolusi Mesir 1952 yang membentuk suatu pemerintahan republik di negara tersebut. Ia menerapkan suatu lambang yang dipakai pada panji Salahuddin al-Ayyubi semasa dinasti kerajaannya.

Helang ini menampakkan warna-warna bendera Mesir secara menegak dalam suatu perisai, manakala kuku-kuku tajam helang mencengkam nama rasmi negara tersebut dalam Bahasa Arab iaitu "Republik Arab Mesir" (جمهورية مصر العربية Jumhūriyyat Miṣr al-ʿArabiyyah).

  • Jata Republik Mesir (1953–1958)

    Jata Republik Mesir (1953–1958)

  • Jata Republik Arab Bersatu (1958–1971)

  • Jata dipakai dalam Persekutuan Republik Arab (1972–1984)

    Jata dipakai dalam Persekutuan Republik Arab (1972–1984)

  • Bentuk jata yang diperlihatkan pada bendera Mesir

    Bentuk jata yang diperlihatkan pada bendera Mesir

  • Rekaan jata terkini mesir sejak 1984

    Rekaan jata terkini mesir sejak 1984