Kau vs Aku - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas
- ️Fri Aug 19 2022
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kau vs Aku | |
---|---|
Genre | Komedi romantik Remaja |
Berdasarkan daripada | Adaptasi web novel Wattpad karya Shieyruna |
Pengarah | Shamyl Othman, Megat Shahrizal dan Afiza Asram |
Dibintangi oleh |
|
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 8 |
Penerbitan | |
Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | Wattpad WEBTOON Studios |
Penyiaran | |
Saluran asal | Sooka Netflix |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Tayangan ulang di | Astro Ria (Slot MegaDrama) 9 November 2022 — 22 November 2022 |
Siaran asal | 19 Ogos 2022 – 7 Oktober 2022 |
Kronologi | |
Mengikuti | Tiada Maaf Buatmu |
Diikuti oleh | Dia Yang Ku Jadikan Suami |
Kau vs Aku merupakan drama bersiri Malaysia terbitan Wattpad WEBTOON Studios yang disiarkan menerusi platform penstriman Sooka pada setiap Jumaat bermula 19 Ogos 2022 yang diarahkan oleh Shamyl Othman, Megat Shahrizal dan Afiza Asram serta dibintangi oleh Shasha Abedul, Dini Schatzmann, Chubb-E, Mia Sara Shauki, Rihito Itagaki, Anas Abas, Elisya Sandha, Fimie Don, Hafidz Roshdi, Arash Mohamad, Emelda Rosmila dan Marissa Yasmin.
Siri ini juga bersiaran ulangan di saluran Astro Ria di bawah Slot MegaDrama pada 9 hingga 22 November 2022 bagi menggantikan siri drama Tiada Maaf Buatmu dan digantikan oleh siri drama Dia Yang Ku Jadikan Suami.
Pada musim baru, Tajuk didedahkan dipanggil Kau vs Aku 2 dan dikeluarkan oleh 2024 ditayangkan di Astro Ria.
Siri yang mengisahkan zaman persekolahan antara kesedihan, simpati, kekuatan persahabatan dan 'cinta monyet'.
Kisah seorang penulis berbakat besar berusia 16 tahun, Aulia Zulaikha, yang hidupnya kucar-kacir apabila 'influencer' remaja popular di Instagram yang dibencinya, Danish Aryan, berpindah ke sekolahnya.
Namun keadaan permusuhan Aulia dengan Danish berubah apabila Aulia menjadikan Danish jalan keluar ketika bapanya cuba menjodohkan dia dengan Emir.
Mungkinkah permusuhan antara dua remaja ini bertukar menjadi cinta?[1]
- Shasha Abedul sebagai Aulia Zulaikha
- Dini Schatzmann sebagai Danish Aryan
- Chubb-E sebagai Zafran (Zhaf)
- Mia Sara Shauki sebagai Shanina
- Arena wan sebagai Syafiqah
- Imran aqil sebagai Ashraf
- Elisya Sandha sebagai Hannisya
- Fimie Don sebagai Luqman
- Marissa Yasmin sebagai Puan Shikin
- Arash Mohamad sebagai Encik Ridhuan
- Emelda Rosmila sebagai Puan Emelda
- Hafidz Roshdi sebagai Emir
- Azhar Amir sebagai Encik Fairuz
- Danish Hazriq sebagai Adam
- Serra Kamal sebagai Kyla
- Ariz Lufias sebagai Elfa
- Danial Amsyar sebagai Rayyan
- Megat Syamim sebagai Shafieq
- Halimah Alias sebagai Puan Rosnah
- Megat Sharizal sebagai Ustaz Burn
- Grace Ng sebagai Cikgu Tan
- Nadine Eniahani sebagai Aulia kecil
- Aiman Badrul sebagai Danish kecil
- Ali Shakur sebagai Adam kecil
- ^ "Kau vs Aku 2". honeybie.com.