ms.wikipedia.org

Kecubung - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

  • ️Thu Sep 27 2007

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kecubung
frames
Pengelasan saintifik


Pokok Kecubung ialah sejenis pokok renek herba semusim dalam famili Solanaceae yang berasal dari China. Nama sainsnya Datura Metel (Linn).

Tinggi Pokok Kecubung selalunya kurang daripada 2 meter. Batangnya keras berkayu dan cabangnya membentuk rumpun. Bunga kecubung membentuk serombong yang besar dan boleh dijumpai dalam saiz dan warna yang berbeza. Warnanya yang biasa dijumpai ialah ungu dan putih; ada juga yang berwarna kuning dan oren. Buahnya pula berwarna coklat dan mempunyai duri-duri halus di luarnya. Ia membiak melalui biji benih dan keratan batang.

Kini Pokok Kecubung banyak ditanam sebagai tumbuhan hiasan kerana bunganya yang cantik dan unik. Jenis yang biasa dijumpai ialah:

Pokok Kecubung ialah salah satu daripada 50 herba asas yang digunakan dalam herbologi Cina dan dipanggil mereka sebagai yáng jīn huā ().

Kecubung adalah beracun jika dimakan pada jumlah yang besar. Gejala-gelajanya termasuk kulit yang merah, sakit kepala, halusinasi, dan mungkin konvulsi (iaitu menggigil-gigil dan terkejang-kejang) serta juga keadaan koma. Unsur-unsur toksiknya yang utama ialah alkaloid-alkaloid tropana.

Kandungan kimia dalam kecubung ialah: hiosin, oksalik, lemak, dan hyosiamin. Kecubung putih ialah kecubung yang paling beracun sekali kerana ia mengandungi sebatian alkaloid beladona. Penggunaan segala ubat dari kecubung terhad untuk kegunaan luar sahaja.

  • Buah D. metel 'Fastuosa' muda, sejurus selepas jatuhnya korola yang layu.

    Buah D. metel 'Fastuosa' muda, sejurus selepas jatuhnya korola yang layu.

  • Buah D. metel 'Fastuosa' yang sedang berkembang, menunjukkan kapsul hijau bersarungkan tuberkel ungu.

    Buah D. metel 'Fastuosa' yang sedang berkembang, menunjukkan kapsul hijau bersarungkan tuberkel ungu.

  • Kapsul matang D. metel 'Fastuosa'

    Kapsul matang D. metel 'Fastuosa'

  • Kapsul tunggal (varian berduri) dari D. metel 'Fastuosa'.

    Kapsul tunggal (varian berduri) dari D. metel 'Fastuosa'.

  • Penurunan kapsul D. metel tidak matang, seperti yang dijelaskan secara evokatif dalam nama Sanskrit छ्इद्र्फ्अ॔ल्अ (chidráphala) "buah yang terkoyak"

    Penurunan kapsul D. metel tidak matang, seperti yang dijelaskan secara evokatif dalam nama Sanskrit छ्इद्र्फ्अ॔ल्अ (chidráphala) "buah yang terkoyak"