Lebuhraya Guthrie - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lebuhraya Koridor Guthrie | |
![]() | |
Maklumat laluan | |
Diselenggara oleh Prolintas, Prolintas Expressway Sdn Bhd (PEX) | |
Panjang | 25.0 km (15.5 mi) |
Wujud | 2003–kini |
Sejarah | Siap pada tahun 2005 |
Simpang utama | |
Hujung utara | Persimpangan Rawang Selatan |
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() | |
Hujung selatan | Shah Alam |
Lokasi | |
Destinasi utama | Rawang, Kuang, Lagong, Paya Jaras, Sungai Buloh, Subang, Bukit Jelutong |
Sistem lebuh raya | |
Jalan raya di Malaysia Lebuh raya • Persekutuan • Negeri |
Lebuhraya Guthrie, GCE, Lebuhraya Koridor Guthrie merupakan sebuah lebuh raya di Lembah Klang, Selangor, Malaysia. Ia menghubungkan antara Shah Alam dengan Rawang. Ia dimiliki oleh Prolintas melalui anak syarikatnya Prolintas Expressway Sdn Bhd. Panjang keseluruhan GCE adalah lebih kurang 25 km (15.5 batu) (23 km (14.2 batu) di bahagian Prolintas dan 2 km (1.2 batu) di bahagian PLUS Expressway).
Pembangunan lebuh raya ini bermula tahun 2002 apabila Guthrie Berhad ingin membangunkan sebuah lebuh raya yang melalui kawasan perumahan dan ladang yang dimilikinya. Pembinaan bermula tahun 2003. Lebuh raya ini dibina merentasi sebuah ladang kelapa sawit yang turut dimiliki Guthrie Berhad. Lebuh raya ini siap pada April 2005 dan mula beroperasi Julai 2005.
Pada Ogos 2007, GCE menjadi anak syarikat Prolintas Expressway Sdn Bhd (PEX).
Plaza Tol Bukit Jelutong
- Persimpangan Bukit Subang: ke
LP 3214 Jalan Subang-Batu Tiga
- Persimpangan Elmina
- Kawasan Rehat dan Rawat Elmina
Plaza Tol Elmina
- Persimpangan Paya Jaras: ke
LP 54 Laluan Persekutuan Malaysia 54
- Persimpangan Lagong (akan datang)
Plaza Tol Lagong
Plaza Tol Rawang Selatan (bahagian PLUS)