ms.wikipedia.org

Majlis Bandaraya Ipoh - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Majlis Bandaraya Ipoh
Majlis Bandaraya Ipoh
Jata
Logo

Bendera Majlis Bandaraya Ipoh

Jenis
Jenis

Kerajaan Tempatan

Sejarah
Diasaskan1962; 63 tahun yang lalu

Didahului oleh

Majlis Perbandaran Ipoh
Kepimpinan

Datuk Bandar

Dato’ Rumaizi bin Baharin @ Md Daud

Struktur
Ahli24 orang ahli majils
Moto
Ipoh Bestari Sejahtera
Tempat persidangan
Bangunan MBI
Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown, 30450 Ipoh, Perak, Malaysia
4°35′55″N 101°05′24″E / 4.59866°N 101.08992°E
Laman sesawang
mbi.gov.my/ms
Perlembagaan
Akta Kerajaan Tempatan 1976
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Majlis Bandaraya Ipoh merupakan kerajaan tempatan yang mentadbir Bandar raya Ipoh, Perak. Majlis ini berfungsi untuk memberikan perkhidmatan-perkhidmatan perbandaran kepada penduduk. Ia juga bertanggungjawab pada kesihatan dan sanitasi awam, pengurusan dan pembuangan sampah, perancangan bandar, perlindungan dan kawalan alam sekitar, pembangunan ekonomi dan sosial, pengurusan lalu lintas dan penyelenggaraan umum bagi infrastruktur bandar[1]. Majlis ini diketuai oleh seorang Datuk Bandar dan mempunyai 24 orang Ahli Majlis.

Majlis Bandaraya Ipoh merupakan bandaraya yang ketiga di Malaysia selepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Johor.

Sejarah Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) awalnya bermula dengan kewujudan Ipoh Sanitary Board pada tahun 1893 yang diasaskan oleh Sir Frank Swettenham, Residen British. Kemudian pada 31 Mei 1962, Ipoh diisytiharkan sebagai Majlis Perbandaran Ipoh. Seterusnya, Ipoh secara rasminya mendapat status bandaraya pada 27 Mei 1988.

Bunga rasmi bagi Majlis Bandaraya Ipoh ialah bunga kertas.

Seramai 24 orang ahli majlis dilantik oleh Kerajaan Negeri.

  1. ^ Mohd Yahya, N., The local government system in Peninsular Malaysia: with special reference to the structure, management, finance and planning, 1987