ms.wikipedia.org

Muzium Negara Singapura - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Rencana ini perlu dikemas kini. Sila bantu mengemaskinikan rencana ini bagi mencerminkan peristiwa yang terkini atau maklumat yang baru. (September 2022)

Muzium Negara Singapuraموزيوم نڬارا سيڠاڤورا
  • National Museum of Singapore
  • 新加坡国家博物馆

Muka bangunan Muzium Negara

Map

Peta menunjukkan lokasi Muzium Negara Singapura

Peta menunjukkan lokasi Muzium Negara Singapura

Lokasi muzium
Maklumat am

Nama lama

  • Perpustakaan dan Muzium Raffles
  • Muzium Sejarah Singapura
Ditubuhkan1849; 176 tahun yang lalu
Maklumat pentadbiran
PemilikLembaga Warisan Negara
Maklumat geografi
Negara Singapura

Kawasan perancangan

Kawasan Perancangan Muzium

Lokasi

93 Stamford Rd, Singapura 178897

Koordinat1°17′48.2″N 103°50′55.1″E / 1.296722°N 103.848639°EKoordinat: 1°17′48.2″N 103°50′55.1″E / 1.296722°N 103.848639°E
Maklumat pelawat

Laman sesawang

Ditetapkan14 Februari 1992
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Muzium Negara Singapura ialah muzium yang tertua di Singapura. Sejarahnya bermula sejak tahun 1849, apabila ia bermula sebagai satu bahagian perpustakaan di Institusi Singapura dan dipanggil sebagai Perpustakaan dan Muzium Raffles. Selepas beberapa penempatan semula, pada 1887 ia berpindah ke sebuah tapak tetap di Stamford Road di Kawasan Rancangan Muzium.

Muzium tersebut menumpu pada pameran-pameran berkaitan sejarah Singapura. Ia adalah salah satu daripada empat muzium negara di dalam negara, tiga muzium lain merupakan dua Muzium Tamadun Asia di Bangunan Empress Place dan Sekolah Tao Nan Lama serta Muzium Seni Singapura. Nama "Muzium Negara" mula diguna pakai pada 1965; di antara tahun 1993 hingga Mac 2006, ia pernah dikenali sebagai Muzium Sejarah Singapura.

Muzium Negara Singapura menjalani proses baik pulih selama tiga setengah tahun dan dibuka semula pada 2 Disember 2006, dengan acara pembukan semula rasmi oleh Presiden ketika itu, S. R. Nathan.