ms.wikipedia.org

Primeworks Studios - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

  • ️Fri Jun 01 1984

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Primeworks Studios Sdn Bhd
Jenis/bentuk sahSwasta
IndustriHiburan, media
GenreMedia
PendahuluGrand Brilliance
Ditubuhkan1 Jun 1984; 40 tahun yang lalu
Ibu pejabatBalai Berita, Bangsar, Kuala Lumpur, Malaysia[1]
Tokoh pentingNini Yusof
Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios
KeluaranTelevisyen, filem
JenamaGrand Brilliance (dihentikan)
Syarikat indukMedia Prima
Anak syarikat
Tapak webwww.primeworks.com.my
Twitter: helloprimeworks Instagram: primeworks.studios Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Logo lama Primeworks Studios (Ogos 2008 - Januari 2014).

Primeworks Studios Sdn. Bhd. (dahulu dikenali sebagai Grand Brilliance Sdn. Bhd.) ialah sebuah syarikat penerbitan dan pengedaran rancangan televisyen Malaysia dan penyedia kandungan milik penuh konglomerat media Media Prima.[2] Syarikat ini bertanggungjawab membekalkan kandungan kreatif untuk rangkaian televisyen Media Prima, iaitu TV3, NTV7, 8TV dan TV9. Primeworks bukan sahaja menerbitkan rancangan TV untuk Media Prima, bahkan turut membekalkan kandungan untuk RTM dan Astro, di samping mengeksport rancangan buatan Malaysia ke pasaran antarabangsa dan menjalin hubungan strategik dengan pengedar TV antarabangsa.[3]

Biarpun mula menerbitkan rancangan televisyen seawal pada 1993 (yang dikenali sebagai Grand Brilliance), Primeworks hanya mengenalpasti diri mereka sendiri pada 2019 untuk dibezakan daripada satu lagi anak syarikat Media Prima, Grand Brilliance Sdn. Bhd. yang ditubuhkan pada 1 Jun 1984.[4] Syarikat itu bergabung dengan satu lagi anak syarikat Media Prima, Grand Brilliance pada tahun 2008 untuk membentuk syarikat pelesenan, penerbitan dan pengedaran baharu di bawah nama Primeworks Studios.

Berikut merupakan filem di bawah terbitan atau edaran Primeworks Studios. Setakat ini, hanya Ejen Ali: The Movie mendapat kutipan lebih RM30 juta (RM30.05 juta tempatan / RM32.5 juta tempatan dan antarabangsa) diikuti oleh BoBoiBoy: The Movie (RM15.8 juta tempatan / RM20 juta antarabangsa dan tempatan) dan Sangkar (RM12 juta) menjadikan hanya 3 filem di bawah Primeworks mendapat kutipan lebih RM10 juta. Kebanyakkan filem di bawah Primeworks bekerjasama dengan Grand Brilliance sehingga tahun 2018 di mana GB tidak lagi aktif dalam pengedaran dan pembuatan filem. Kebanyakkan filem mereka juga kurang mendapat sambutan memuaskan.

Primeworks Studio mencipta sejarah tersendiri apabila 3 filem terbitan Primeworks memenangi 8 anugerah di Festival Filem Malaysia ke-31. Filem-filem tersebut ialah filem Sangkar dengan 5 anugerah (Pengarah Terbaik - Kabir Bhatia, Pelakon Lelaki Terbaik - Zul Ariffin, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Remy Ishak, Penataan Seni Terbaik - Nazrul Asraff Mahzan dan Tatarias Terbaik - Ella Sandera), Ejen Ali: The Movie dengan 2 anugerah (Box Office dan Penataan Bunyi Terbaik - Fadhli Abu Shafian, Hakim Kamal & Shafiq Isa) dan WIRA dengan 1 anugerah (Pelakon Wanita Harapan - Fify Azmi)[5].

Selain daripada menerbit dan mengedar filem Malaysia, Primeworks juga mengedar filem antarabangsa yang lain.

Tahun Tajuk Pengarah Genre Pulangan kasar Penerbit
2007 Otai A. Razak Mohaideen Komedi, Romantik RM3.473 juta Dengan kerjasama Grand Brilliance dan Linclear Motion Pictures
Nana Tanjung 2 A. Razak Mohaideen Komedi, Romantik RM2.208 juta Dengan kerjasama Grand Brilliance dan Linclear Motion Pictures
2008 Evolusi KL Drift Syamsul Yusof Aksi, Jenayah, Drama, Thriller RM3.9 juta Dengan kerjasama Skop Productions dan Grand Brilliance
2009 Talentime Allahyarhamah Yasmin Ahmad Drama, Sekolah RM0.42 juta Dengan kerjasama Grand Brilliance dan Chilli Pepper Films
Pisau Cukur Bernard Chauly Komedi, Misteri, Romatik RM2.32 juta Dengan kerjasama Grand Brilliance dan Redfilms
2010 2 Hati 1 Jiwa Abdul Razak Mohaideen Drama Dengan kerjasama Grand Brilliance dan Lineclear Motion Pictures
Evolusi KL Drift 2 Syamsul Yusof Aksi, Jenayah, Thriller RM5.5 juta Dengan kerjasama Skop Productions dan Grand Brilliance
Hooperz Rosihan Zain Komedi, Sukan Dengan kerjasama Grand Brilliance, MHz Films dan KL Motion Pictures
4 Madu Prof Madya A. Razak Mohaideen Komedi, Keluarga Dengan kerjasama Grand Brilliance, Berjaya Film Production dan Lineclear Motion Pictures
Janin M. Hitler Zaimi Drama, Seram, Thriller Dengan kerjasama Grand Brilliance
Aku Tak Bodoh Boris Boo Komedi Dengan kerjasama Grand Brilliance, Asia Media Content, J Team Productions, PMP Entertainment dan RAM Entertainment
2011 Khurafat: Perjanjian Syaitan Syamsul Yusof Seram RM8.08 juta Dengan kerjasama Skop Productions dan Grand Brilliance
Penunggu Istana Wan Hasliza Wan Zainuddin Seram, Misteri, Thriller RM0.89 juta Dengan kerjasama Grand Brilliance
Nur Kasih: The Movie Kabir Bhatia Drama, Romantik RM4.93 juta Dengan kerjasama Grand Brilliance, Juita Viden dan Filmscape
Raya Tak Jadi! Prof Madya A. Razak Mohaideen Komedi RM3.64 juta Dengan kerjasama Grand Brilliance dan Lineclear Motion Pictures
Klip 3GP Aidilfitri Mohamed Yunos Thriller, Seram, Misteri RM1.14 juta Dengan kerjasama Grand Brilliance
Songlap Effendee Mazlan dan Fariza Azlina Isahak Aksi, Drama RM2.13 juta Dengan kerjasama Grand Brilliance dan Redfilms
2012 Sesuatu Yang Tertinggal Asrulhisyam Ahmad Seram RM0.69 juta Dengan kerjasama Grand Brilliance
Chow Kit Rosihan Zain dan Brandon Lee Aksi RM0.45 juta Dengan kerjasama Grand Brilliance dan Lightbulb Pictures
Ngorat Abdul Razak Mohaideen Komedi, Romantik RM0.37 juta Dengan kerjasama Grand Brilliance
Istanbul Aku Datang! Bernard Chauly Komedi, Romantik RM3.58 juta Dengan kerjasama Grand Brilliance dan Redfilms
2013 Rock Oo! Allahyarham Mamat Khalid Komedi, Drama, Muzikal Dengan kerjasama Grand Brilliance
Sembunyi: Amukan Azazil Kabir Bhatia Seram Dengan kerjasama Grand Brilliance dan Filmscape
Balada Pencinta Khir Rahman Drama, Romantik RM0.27 juta Dengan kerjasama Grand Brilliance
2014 Sejoli: Misi Cantas Cinta Osman Ali Komedi, Romantik Dengan kerjasama Grand Brilliance dan Nuansa
Mamak Cupcake Woo Ming Jin Komedi RM812 ribu Dengan kerjasama Grand Brilliance
Anak Jantan Faizul A. Rashid Aksi RM624,945 Dengan kerjasama Grand Brilliance dan Lineclear Motion Pictures
Gila Baby Kabir Bhatia Aksi, Komedi RM458 ribu Dengan kerjasama Grand Brilliance dan Filmscape
2015 Girlfriend Kontrak Virginia Kennedy Komedi, Romantik Dengan kerjasama Grand Brilliance
2016 BoBoiBoy: The Movie Nizam Razak Animasi, Aksi, Komedi, Adiwira RM15.8 juta Produksi utama ialah Animonsta Studios manakala Grand Brilliance dan DNA Studios dilantik sebagai pengedar bersama dengan Primeworks
Showdown The Movie Khairil M. Bahar Drama, Muzikal Dengan kerjasama Lightbulb Pictures
Pekak Kroll Azry Drama Dengan kerjasama Grand Brilliance dan Lightbulb Pictures
2017 J Revolusi Zulkranain Azhar Aksi RM7 juta Dengan kerjasama Grand Brilliance dan Infinitus Productions
Lebuhraya Ke Neraka Allahyarham Mamat Khalid Drama, Seram, Thriller RM530 ribu Dengan kerjasama Grand Brilliance
Kau Takdirku Jason Chong Drama, Romatik Dengan kerjasama Grand Brilliance
2018 Pulang Kabir Bhatia Drama, Biografi RM2.3 juta Dengan kerjasama Grand Brilliance
7ujuh Raja Mukhriz Seram RM1 juta Dengan kerjasama Grand Brilliance
2019 Sangkar Kabir Bhatia Drama, Aksi RM12 juta Dengan kerjasama MM2 Entertaiment, Astro Shaw dan Infinitus Gold
Wira Adrian Teh Aksi RM7.6 juta Produksi utama ialah Astro Shaw, Golden Screen Cinemas, Multimedia Entertainment dan ACT 2 Pictures, manakala GSC Movies dilantik sebagai pengedar
Ejen Ali: The Movie Usamah Zaid Yasin Animasi, Aksi, Cereka sains RM30.05 juta Produksi utama ialah WAU Animation manakala Primeworks dilantik sebagai pengedar
2020 Rock 4: Rockers Never Dai Allahyarham Mamat Khalid Komedi, Muzikal RM2 juta Dengan kerjasama Enjit Enjit Semut
2021 J2: J Retribusi Nazrul Asraff Mahzan dan Nazim Shah Aksi Ditayangkan di Disney+ Hotstar Produksi utama ialah TGV Pictures, Sunstrong Entertainment dan Infinitus Gold, manakala Disney+ Hotstar dilantik sebagai pengedar
Dendam Penunggu Faizul Jais Seram Ditayngkan di tonton CINEMA Produksi utama ialah Primeworks dan Parallax Pictures, manakala tonton CINEMA dilantik sebagai pengedar
2023 Coast Guard Malaysia: Ops Helang Allahyarham Pitt Hanif Aksi RM5 juta Dengan kerjasama Arie Zaharie Production, Flying Deals dan Metrowealth Pictures
2024 Anak Perjanjian Syaitan 2 Ahmad Idham Seram RM3.5 juta Dengan kerjasama Grand Brilliance Studio
Saka Perawan Ahmad Idham Seram, Komedi Dengan kerjasama Grand Brilliance Studio
Pontianak 200kg Shuhaimi Lua Seram, Komedi Dengan kerjasama Metrowealth Pictures
Reeza GTR Ahmad Idham Aksi, Komedi Dengan kerjasama Grand Brilliance Studio
2025 Blood Brothers: Bara Naga Abhilash Chandra dan Syafiq Yusof Aksi, Jenayah Dengan kerjasama Skop Productions, Komet Productions, D'Ayu Pictures dan Enotech Pictures
6 Jilake Aziz M. Osman Aksi, Komedi Dengan kerjasama Eartistic Entertainment dan Ace Motion Pictures
Ejen Ali: The Movie 2 Usamah Zaid Yasin Animasi, Aksi, Cereka sains Dengan kerjasama WAU Animation
Satu Feroz Kader Seram, Ngeri Dengan kerjasama FJ Pictures
Susuk Bidadari Firdaus Nadxaman Seram Dengan kerjasama Anomali Media
Magik Rompak Adrian Teh Aksi, Jenayah Produksi utama ialah ACT 2 Pictures, Clover Films, Golden Screen Cinemas dan Astro Shaw manakala GSC Movies dilantik sebagai pengedar
Duyung: Legenda Aurora Abdul Razak Mohaideen Komedi, Fantasi Dengan kerjasama KRU Studios
The Original Gangster Syamsul Yusof Aksi, Gangster, Drama, Jenayah Dengan kerjasama Syamsul Yusof Films dan Razor's Edge Pictures
Akan diumumkan Dendam Dari Pusara Adrian Teh Seram Produksi utama ialah Gambar Tanah Licin, ACT 2 Pictures, Clover Films dan Golden Screen Cinemas manakala GSC Movies dilantik sebagai pengedar
Nur Shahrulezad Mohameddin Drama, Agama Produksi utama ialah Radius One, Golden Screen Cinemas, Multimedia Entertainment dan Asia Tropical Films manakala GSC Movies dilantik sebagai pengedar
Senario The Legend Liew Seng Tat Komedi Dengan kerjasama Da Huang Pictures
J3: J Resolusi Areel Abu Bakar Aksi Dengan kerjasama Infinitus Gold, Jazzy Pictures dan Layar Pictures
Tahun Tajuk Pengarah Genre Pulangan kasar Penerbit
2011 Abuya Imran Haji Ismail Aksi, Jenayah, Drama RM0.22 juta Produksi utama ialah Million Euphoria Production dan Northstar Acres
2013 Kolumpo Bront Palarae, Sheikh Munasar dan Rozi Izma Antologi RM299 ribu Produksi utama ialah Otto Films
2018 Blok 404 Azma Aizal Yusoof Seram, Misteri, Thriller RM220 ribu Produksi utama ialah DBI Entertainment
Wheely Datuk Yusry Abdul Halim Animasi RM6.7 juta Produksi utama ialah KRU Studios dan Kartun Studios
One Two Jaga Namron Drama, Jenayah RM500 ribu Produksi utama ialah Jazzy Pictures, KL Post Sdn. Bhd. dan Pixel Play
2019 Dendam Pontianak Glen Goei dan Gavin Yap Seram, Romantik Produksi utama ialah Tiger Tiger Pictures dan 13 Littlle Pictures
2023 Kau Pilih Siapa? Dato' Athy dan Saifullah Khaisas Komedi RM6 ribu Produksi utama ialah AT Movies
Sumpahan Jerunei Jason Chong Seram RM1.57 juta Produksi utama ialah Produksi Seni 2020
Walid Areel Abu Bakar Aksi, Thriller RM257 ribu Produksi utama ialah Layar Pictures
Pagari Bulan Raja Mukhriz Drama, Sejarah RM92 ribu Produksi utama ialah Eleven Field Creative
2024 Geng Kubur Gavin Yap Seram Produksi utama ialah Iron Hill Media
2025 Bisikan Dosa Faizul A. Rashid Seram Produksi utama ialah Yusrych Global
Tahun Tajuk Pengarah Genre Edaran bersama Sumber
2017 Pokémon the Movie: I Choose You! Kunihkko Yuyama & Lisa Ortiz Animasi, Aksi, Pengembaraan, Keluarga, Fantasi Animonsta Studios
2023 Operation Fortune: Ruse de Guerre Guy Ritchie Aksi, Komedi, Thriller TGV Pictures [6]
Hypnotic Robert Rodriguez Aksi, Misteri, Thriller GSC Movies [7]
Tahun Tajuk Pengarah Genre Sumber
2019 Kingdom Shinsuke Sato Aksi, Sejarah, Perang [8]
Tahun Tajuk Pengarah Genre Sumber
2016 Ada Apa dengan Cinta? 2 Riri Riza Drama, Romantik [9]
  1. ^ A new era begins: Media Prima transitions to Bangsar with fresh innovations
  2. ^ Oleh NST, "The big three" New Straits Times Sat, 22 May 2010., Dicapai 30 November 2018.
  3. ^ Jeeva Arulampalam (2008-09-12). "Media Prima unit to liven up content". Business Times. Dicapai pada 2008-09-21.
  4. ^ "MPB's primeworks studios gears towards international market" (dalam bahasa Inggeris). OnScreen Asia. 2008-08-18. Dicapai pada 2008-09-11.
  5. ^ Farihad Shalla Mahmud (13 Disember 2021). "PWS unggul dengan 8 trofi FFM31". Berita Harian. Dicapai pada 4 Ogos 2023.
  6. ^ "Operation Fortune: Ruse de Guerre (2023) - IMDb". Dicapai pada 22 Julai 2023.
  7. ^ "Hypnotic (2023) - IMDb". Dicapai pada 22 Julai 2023.
  8. ^ "Kingdom (2019) - IMDb". Dicapai pada 22 Julai 2023.
  9. ^ "What's Up with Cinta 2 - IMDb". Dicapai pada 31 Ogos 2023.