Shah Nizam Abdul Halim - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas
- ️Fri Jan 25 1974
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Shah Slam | |
---|---|
Nama lahir | Shah Nizam bin Abdul Halim |
Kelahiran | 25 Januari 1974 (umur 51) Ipoh, ![]() |
Warganegara | Malaysia ![]() |
Genre | Pop Rock, Balada |
Pekerjaan | Pemuzik |
Alat muzik | Gitar |
Tahun aktif | 1991 - kini |
Kegiatan berkaitan | Slam, Exists, Search, Sepahtu |
Pautan berkaitan | |
Pautan lain | ![]() ![]() |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Shah Nizam bin Abdul Halim atau lebih dikenali sebagai Shah Slam merupakan seorang gitaris dan pengarah muzik ternama di Malaysia. Dilahirkan di Ipoh, Perak pada 25 Januari 1974 (umur 51), Shah yang dibesarkan di Johor Bahru lebih dikenali sebagai pengasas, gitaris utama dan juga ketua kumpulan Slam yang aktif pada tahun 90-an. Sebelum menubuhkan Slam, beliau pernah menganggotai sebuah kumpulan rock dari Johor Bahru, Johor iaitu Exist (kini Exists) yang mula mencipta nama dengan lagu Untukmu Ibu ciptaan Allahyarhan Rahim Othman pada tahun 1991.[1]
Shah juga merupakan suami kepada bekas anggota kumpulan Freshies, Mazlena Morat atau lebih dikenali sebagai Ina. Shah juga merupakan abang ipar kepada bekas pelakon Ani Morat dan biras kepada bekas pemain bola sepak negara iaitu Shahril Arsat.
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1999 | Bara | Pemuzik 1 | Filem Pertama |
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2011 | Maharaja Lawak | Pengarah Muzik | Astro Warna | |
2011-2021 | Maharaja Lawak Mega | |||
2013-2014 | Kilauan Emas | Astro Ria | Juga sebagai guru muzik | |
2016 | Anugerah MeleTOP Era 2016 | |||
2016-kini | Sepahtu Reunion Live | Astro Warna | ||
Sepahtu Reunion Al-Raya | ||||
2017-kini | Sepahtu Reunion Al-Puasa | |||
2018 | Jozan Live | Tetamu Jemputan | Episod 10: bersama Zamani | |
2019 | Konsert Minggu Ini | Artis Jemputan | TV2 | bersama Exists Reunion |
Anugerah MeleTOP Era 2019 | Astro Ria | |||
2020-kini | The Masked Singer Malaysia | Pengarah Muzik | Astro Warna | |
2021 | Hijrahkan Laguku | TV Alhijrah | ||
Gema Lawak Superstar | Astro Warna | |||
2022-2024 | Sepahtu Reunion Live Tour | |||
2024 | Sepahtu Reunion Al-Moreh | |||
2019-kini | Muzikal Lawak Superstar |
- ^ "Pengalaman matangkan Exists.
".....membabitkan bekas ahli kumpulan Exists yang lain seperti Ajai dan Shah Slam termasuk Ezad dan Mamat..." Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-29. Dicapai pada 2018-05-12.