ms.wikipedia.org

Sultan Iskandar Dzulkarnain - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Iskandar Dzulkharnain Inayah Shah I
Sultan Perak
Sultan Perak
Pemerintahan17521765
Kemahkotaan1752
Didahului olehMuhammad Muayat Shah
Diikuti olehMahmud Shah II
Raja Muda Perak
Pemerintahan17421752
Didahului olehMuhammad Muhayat Shah
Diikuti olehMahmud Shah II
Raja Di-Hilir Perak
Raja Di-Tengah Perak
Raja Di-Hulu Perak
Pemerintahan17411742
Didahului olehSultan Muhammad Shah
Diikuti olehSultan Mahmud Shah II
Raja Kecil Besar Perak
Pemerintahan17391741
Didahului olehSultan Muhammad Shah
Diikuti olehSultan Mahmud Shah II
KeputeraanRaja Iskandar Ibni Raja Muhammad
1700
Kemangkatan1765
Nama penuh
Sultan Iskandar Dzulkarnain Inayah Shah I
Nama penuh
Nama diraja
Paduka Seri Sultan Iskandar Dzulkarnain Inayat Shah I ibni Almarhum Sultan Muhammad Muhayat Shah
Nama selepas mangkat
Marhum Kaharullah
KerabatPerak
AyahandaSultan Muhammad Muhayat Shah
AgamaIslam

Sultan Iskandar Dzulkarnain Inayat Shah I (Jawi: سلطان إسكندر ذوالقرنين عنايت شاه ا) ialah Sultan Perak ke-15 yang telah memerintah mulai 1752 sehingga 1765 kendati sudah tidak memiliki wewenang secara politik lagi.[1][2] Baginda merupakan sultan yang terkenal dalam lirik lagu Cempaka Sari yang bersempena dengan nama pusat pentadbiran negeri Perak.

Zaman baginda merupakan penamat kepada keturunan Megat Terawis sebagai bendahara Perak. Pada zaman baginda ketika pembinaan pusat pentadbiran Perak iaitu Cempaka Sari ataupun Inderasakti, Bendahara Megat Abu Kasim yang merupakan Bendahara Perak ketika itu, telah meletakkan jawatan sebagai Bendahara Perak daripada keturunan Megat Terawis dengan menyerahkan baur kebesaran bendahara, sebab perletakkan jawatan Bendahara Megat Abu Kasim ialah kerana beliau tidak bersetuju dengan keadaan pusat pentadbiran Perak iaitu Inderasakti yang kurang sesuai.[Penjelasan diperlukan] Perletakkan Jawatan Bendahara oleh Megat Abu Kasim telah mengakhiri jawatan Bendahara yang semenjak turun-temurun disandang oleh keturunan Megat Terawis. Semenjak perletakkan jawatan bendahara oleh Megat Abu Kasim telah mengakhiri era Megat Terawis, dan jawatan bendahara pada zaman Sultan Iskandar Zulkarnain dan selepas zaman baginda dipegang oleh yang bukan keturunan dari Megat Terawis.

  1. ^ "Menyelesaikan bab Perak : Akhirnya sampai ke Makam Sultan Iskandar Zulkarnain". Radzie Sapiee. Radzie Sapiee. 2010. Dicapai pada 28 November 2010.
  2. ^ Raja Chulan, 1991, ms 1